YH Adhwa Enterprise merupakan sebuah syarikat bumiputra yang ditubuhkan pada 07 September 2014 dan beroperasi di alamat Lot 19, Belakang sek. yayasan, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu. Syarikat ini berasal daripada sebuah Syarikat Adhwa Family Technology yang ditubuhkan pada 04 Januari 2012 dan telah ditukar nama syarikat kepada Syarikat YH Adhwa Enterprise diatas sebab - sebab tertentu. Syarikat ini merupakan hak milik tunggal kepada seorang bakal usahawan muda iaitu Encik Amirul Syushaidi Bin Abdul Latif.
Pemilik syarikat ini merupakan seorang graduan Sijil Juruteknik Sistem Komputer dari Kolej Tesdec, Terengganu dan akan menamatkan pelajaran Diploma Pembantu Eksekutif Sistem Komputer dari Kolej Poly-Tech Mara, Alor Setar, Kedah. Beliau adalah seorang yang bekerja keras dan bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukan.
